“Membentuk Jeel As-Salamah”
Maahad menawarkan pengajian hafazan al-Quran sepenuh masa selama 3 tahun, merangkumi asas Fardhu Ain, Bahasa Arab, Tajwid, dan Akhlak. Fokus utama adalah melahirkan huffaz berkualiti yang kemas hafazannya dan berakhlak mulia.
Bagi menjaga mutu hafazan, Maahad melaksanakan Program Ithbat (tasmik bacaan) secara berkala bagi pelajar 10–30 juzuk. Penilaian dijalankan 3 kali setahun bersama panel Persatuan Institusi Tahfiz alQuran Negeri Selangor (PITAS) sebagai langkah kawalan kualiti.
Matlamatnya ialah melahirkan huffaz yang mahir, berdisiplin, dan mampu berperanan aktif dalam masyarakat.
yang disahkan oleh guru atau institusi berautoriti, sebagai bukti pencapaian dan kelayakan untuk mengajar atau menyemak bacaan al-Quran.
Serendah RM450 dan Tajaan untuk anak Yatim atau Fakir Miskin.
Kaedah Khatam Hafazan Al-Quran 30 Juzuk selama 3 tahun dan 1 tahun Syahadah.
Sebagai usaha memperkukuh kefahaman ilmu agama dan menyuburkan adab berguru.