Profil

Maahad Tahfiz Al Imam Al Adni

Ustaz Muhammad Saeed Bin Sori Al Adni
Mudir Maahad Tahfiz Al Imam Al Adni

Kata Aluan Mudir

Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.”

Maksudnya: ayat-ayat Al Quran itu terpelihara dalam dada dengan dihafal oleh banyak kaum muslimin turun temurun dan difahami oleh mereka, sehingga tidak ada seorangpun yang dapat mengubahnya. Usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang tulin yang berteraskan Al–Quran dan As–Sunnah memerlukan satu penggembelingan tenaga daripada segenap lapisan masyarakat Islam sama ada ahli ekonomi mahupun para cendikiawan ke arah mendokong cita–cita dan semangat Islam.

Tentang Maahad Tahfiz Al Imam Al Adni

Maahad Al Imam Al Adni ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 di Temerloh, Pahang setelah evakuasi pelajar-pelajar Malaysia dari Aden, Yemen dengan mendapat keizinan dan isyarah dari Al Habib Abu Bakar Al Adani bin Ali Al Mashur. Maahad Al Imam Al Adni pada

permulaan penubuhannya hanya berjumlah 21 orang dan hanya dikhususkan untuk pelajar-pelajar lelaki yang sebahagiannya besar pelajar-pelajar yang tertangguh pengajiannya di Aden, Yemen akibat perang.

Kini, Maahad Al Imam Al Adni telah berada di Shah Alam melebihi sepuluh tahun telah melahirkan ramai para penghafaz Al Quran yang seterusnya melanjutkan pengajian mereka ke negara Timur Tengah dan ada yang menyambung pengajian di Universiti tempatan.

Logo Rasmi Maahad Tahfiz Al Imam Al Adni
Visi

Melahirkan generasi pemuda Al Salamah dan insan Al Quran yang berilmu, beriman , beramal, bersepadu, berakhlak mulia, dan berkemampuan membawa dan menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat.

Misi

1. Membentuk masyarakat Islam yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup. 2. Mengamalkan manhaj Madrasah alAbawiyyah al-Nabawiyyah al-Shar‘iyyah dalam pendidikan dan tarbiyah. 3. Mengintegrasikan pendidikan agama dengan pendidikan arus perdana secara seimbang dan harmoni.

Nilai Teras

  • Tarbiyah
  • Ta’lim
  • Zikir
  • Khidmat, dan
  • Dakwah

  • Sistem Pendidikan

    Maahad menawarkan pengajian hafazan al-Quran sepenuh masa selama 3 tahun, merangkumi asas Fardhu Ain, Bahasa Arab, Tajwid, dan Akhlak. Fokus utama adalah melahirkan huffaz berkualiti yang kemas hafazannya dan berakhlak mulia.

    Bagi menjaga mutu hafazan, Maahad melaksanakan Program Ithbat (tasmik bacaan) secara berkala bagi pelajar 10–30 juzuk. Penilaian dijalankan 3 kali setahun bersama panel Persatuan Institusi Tahfiz alQuran Negeri Selangor (PITAS) sebagai langkah kawalan kualiti.

    Matlamatnya ialah melahirkan huffaz yang mahir, berdisiplin, dan mampu berperanan aktif dalam masyarakat.