Pengambilan
Pelajar Baru Maahad Tahfiz Al Imam Al Adni
▶️ Maahad Al Imam Al Adni merupakan pusat pengajian & tarbiah yang diasaskan oleh Guru Mulia Al Habib Dr. Abu Bakar Al Adni bin Ali Al Mashur رحمه الله تعالى , seorang ulama’ dan pemikir Islam berpengaruh dari bumi Hadhramaut, Yaman. Sehubungan dengan itu, Maahad Al Imam Al Adni mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program pra Tahfiz Al-Qur’an, program Tahfiz Al-Qur’an dan program talaqqi kitab Tafaqquh Fiddin ( persediaan ke Yaman ) .
Syarat-Syarat Kemasukan Pelajar:
- Beragama Islam
- Berumur 9-13 tahun bagi pra Tahfiz Al Qur’an, 9-17 tahun bagi program Tahfiz Al Qur’an dan 13-7 tahun bagi Tafaqquh Fiddin.
- Pelajar hendaklah sihat tubuh badan, mental dan fizikal serta mampu mengikuti aktiviti program harian Maahad yang telah ditetapkan seperti mengikuti pengajian, solat berjemaah dan sebagainya.
- Berkeinginan kuat untuk menghafaz Al Qur’an, teks ilmu dan mengaji secara mendalam disiplin ilmu ugama Islam.
- Mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik dan terpuji.
- Tidak mempunyai rekod jenayah / juvana /salahlaku akhlak.
- Calon pelajar & ibubapa bersedia mengikuti
- Lulus temuduga.
















